Saturday, October 30, 2010

LOG SEMESTER 3 di CATALYST KINI

AKTIVITI CATALYST SEMESTER 3 2010

PROGRAM PEMANTAPAN KECEMERLANGAN PELAJAR di SMV SLIM RIVER





*peserta : pelajar Tingkatan 4


PROGRAM CINTAILAH AKU di SMK HUTAN MELINTANG







* peserta : pelajar Tingkatan 2 


 PROGRAM MOTIVASI SAYA HEBAT di SK KALUMPANG



to be continued..









Wednesday, July 21, 2010

Berikut adalah senarai lagu yang telah dipilih untuk tugasan berkumpulan kursus Psikologi Adnormal

1- Hazifah and the geng(ku bukan aku ,tuli band) (the show ,lenka)

2.Fauzie and the geng (pondan,saleh yakob),(akim-inikah cinta)

3.Syamimi (Disorder oleh polysics)

4.faizal (trauma-elit)

5.Dayah Panjang (crawling)

Tuesday, June 29, 2010

PENDAFTARAN SEMESTER

SALAM MUHIBBAH...

Sekadar coretan peringatan kepada semua rakan mengenai pendaftaran semester bagi sesi 2010/2011, akan dibuka pada 5- 12 Julai 2010. Bagi mana- mana pelajar yang lewat membuat pendaftaran semester daripada tarikh yang ditetapkan denda RM 10 akan dikenakan (per day).

Dengan itu, diharap semua rakan mengambil perhatian dan melaksanakannya dengan sewajarnya.
Selamat Bertemu Kembali....INSYA'ALLAH.


Friday, April 23, 2010

PENGUMUMAN MAJLIS JAWATANKUASA TERTINGGI CATALYST SEM 3


SALAM SATU UPSI...
 Kenangan yang telah dibekukan tanggal 22 April yang lepas sebagai jamuan akhir Sem 2, telah diadakan juga satu pengundian tertutup bagi perlantikan MT untuk Semester 3 pada penggal Julai kelak. Insya'Allah.

KETUA : Saudara Fendi
PENOLONG: Saudari Lela Azwa
SETIAUSAHA : Saudari Fairus
BENDAHARI : Saudari Islah

Tahniah kepada semua yang terpilih. Kami semua berharap kita semua mampu bekerjasama dengan lebih mantap di bawah jawatankuasa yang baru. Insya'ALLAH. Sebagai manusia, kita semua ada kekurangan mahupun kelebihan. Tapi, ingatlah bahawa kita semua saling melengkapi antara satu sama lain. Teruskan usaha dan jangan putus asa ye kawan- kawan!

Tidak lupa juga penghargaan jutaan terima kasih kepada mantan Ketua Saudara Khairudin dan mantan Penolong Saudari Mastura serta jawatankuasa yang lama. Kegigihan dan dedikasi anda semua adalah pendorong semangat kami untuk terus maju dalam kehidupan di kampus. Syabas semua!

Kita doakan yang terbaik untuk semua ahli- ahli Catalyst dan seluruh warga kampus. Semoga ilmu kita semua diberkati. Amin.
p/s: SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR.




ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ALHAMDULILLAH... Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNYA dan keizinanNYA, dpt kita laksanakan majlis jamuan akhir sem utk semester 2 pd penggal tahun ini... dan terima kasih yg xterhingga diucapkan kpd MT2 sem 2 kerana berjaya mmberikan kerjasama yg baik dlm mnjayakan segala plaksanaan program dgn lancar n brkesan... utk MT2 baru yg diberikan tggjwb besar sy harap kita dpt bkerjasama n xlupa juga kpd MT2 lama agar sudi mmberikan tunjuk ajar kpd kami... majulah catalyst utk bnk... CATALYST PEMANGKIN KAUNSELOR BITARA...

Monday, March 29, 2010

SALAM UKHUWAH

Perhatian kepada sahabat Semester 2 Geng Catalyst. kelas Puan Jun _ Kemahiran Asas Kaunseling pada Khamis ini ditunda dan seterusnya kelas akan diganti terus / kelas terakhir seperti berikut:  
HARI : SABTU  
TARIKH : 3 APRIL 2010
MASA : 10.OO AM - 5 P.M.
TEMPAT : TU 1 B
  Harap Maklum. Sekian, terima kasih.

Final kian menghampiri kita....jadi...

Salam 1 Catalyst semua,lama rasanya tak ada sebarang post dari catalystkini kan, maklum sajalah masing-masing sibuk dengan jadual masing-masing yang padat dan berfaedah.Post kali ini cuma untuk meningatkan bahawa final exam kian menghampiri kita, so sesiapa yang asyik galak di facebook dan farm ville tu boleh kurangkan seketika aktiviti tu fikirkanlah mana yang penting dan segera dahulu.Akhir kata majulah BNK untuk upsi....

Saturday, March 20, 2010

JOM RIADAH...

SALAM... hai kekawan.. mari kita beriadah di Padang KUO pada 20 Mac 2010 jam 5.30 petang. sekali- sekala kita bersukan ye,,,sesiapa yang ada kelapangan ketika itu boleh menyertai aktiviti riadah ini. ~OTAK CERDAS LAHIR DARI BADAN YANG CERGAS~~

Monday, March 8, 2010

Hikmah Al-Quran

Berakhlak Dengan Ajarannya. Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan Al-Quran semata-mata dengan tujuan membacanya, mendengarnya atau memperelokkan bacaan sahaja, tetapi tujuan yang lebih utama ialah untuk manusia beramal dengannya. Alangkah indahnya kata-kata Sayidatina Aishah r.a. ketika ditanya tentang akhlak Nabi SAW, maka dia menjawab “Akhlaknya adalah Al-Quran”. Sebaik-baik manusia dalam berinteraksi dengan Al-Quran bukan hanya setakat membaca dan menghafaznya sahaja, tetapi perlu menghayati kandungannya dan seterusnya mengamalkannya. Sepatutnya seorang muslim itu mestilah bersifat dengan sifat “Quraniyan” iaitu mencontohi semua yang ada dalam Al-Quran, maka apa-apa yang diperintah oleh Al-Quran dia akan mematuhinya dan apa-apa yang ditegah oleh Al-Quran maka dia menghindari daripadanya.

SALAM....kawan2.... Hadis Sahih hari ini......

Abu Musa ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh(dari Masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian tidur." (Bukhari)

PERHATIAN!!!

SALAM.... Perhatian kepada semua kawan- kawan Semester 2 09/10,, maklumat terkini yang kami perolehi dari penyelaras ROS, Encik Zulkifli b. Mamat, bahawa penyelarasan bagi kos bimbingan dan kaunseling untuk ROS semasa Semester 5 kelak. Diharap kawan- kawan maklum dengan perkara ini. Namun, hal ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Sunday, March 7, 2010

Free Clock

Wednesday, March 3, 2010

Permohonan untuk ROS telah dibuka..

Perhatian kepada Bakal Kaunselor Bitara semua,permohonan ROS telah dibuka, sila buka layan web Mysis(Laman web yang semak result tu)

* maaf ayat  tak cantik,ada kelas pukul 5... malam nie aku tulis cantik2... salam keampunan.

PERJUANGAN SAHABAT

Salam...

* click picture to view>>>



Tanggal 2 Mac 2010, bach Catalyst telah meraikan satu majlis kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran Nazifah, Lela, dan Abang Ali. Terima kasih kepada pihak penganjur ( birthday girls) kerana menyediakan kek yang enak lagi lemak berkrim. Majlis dimula dengan bacaan doa oleh Abang Ali dan seterusnya persembahan nyanyian lagu 'Teman Sejati' yang 'gempak' , di'conduct' oleh Din, Fendi, dan Rosman .

Selain itu, pada hari tersebut juga sesi fotografi kelas a.k.a. 'fotogedik' oleh semua bakal kaunselor bach 09/10 diadakan yang diketuai oleh Fairus Fuzilah. Catatan juga kepada semua rakan bahawa gerai Catalyst yang diketuai oleh Aisyah dijalankan pada 3 Mac 2010 di Pasar Rabu, Kolej Ungku Omar. Insya' Allah. Diminta kerjasama kawan- kawan untuk mempromosikan gerai kita. Selain itu, diminta kerjasama untuk turun padang sekiranya ada kelapangan.

Catatan mengenai lawatan ilmiah ke Tunas Bakti pula, tarikh yang telah dicadangkan pada 17 Mac 2010. Sekiranya terdapat kesulitan tarikh tersebut ditunda pada 31 Mac 2010.

Genogram yang telah diarahkan oleh Encik Aziz pula perlu diserahkan dengan lengkap kepada Saiful pada Isnin hadapan. Manakala bayaran bagi baju protokol sebanyak RM 60 perlu dilangsaikan selewat- lewatnya pada 3 Mac 2010 serta bayaran fotografi pula selewat- lewatnya 4 Mac 2010 ( khamis) pada Fairus.
Harap maklum. Sekian terima kasih.

~~KEEP MOVING FORWARD~~





Sunday, February 28, 2010

Perhatian semua...(wajib baca)

                                          Gambar Hiasan:

Walaupun sudah kita maklum bahawa tarikh sesi fotografi adalah 2/3/2010.. namum ada makluman lain yang masih menjadi persoalan antaranya:

Tempat:Panggung Budaya,berhampiran Falkulti Seni Muzik dan Klinik Kaunseling.

masa:10pagi(tolong datang awal...plz.....)

lain-lain: Blazer akan disediakan.

Bayaran:Gambar 8r Rm12..bagi duit pada Fairus sebelum hari Jumaat(5/3/2010)

semoga semua dapat makluman dan jaga tidak  ada yang ketinggalan hari tu..


Lagi satu rabu nie Encik nuar Suruh kita baca Rollo May,sapa yang dah tahu tak mengapa sekadar nak bagi tahu dan sapa nak aku(fauzie)  fotosetikan nota mesej aku.. sebelum Isnin 2.00petang(1/3/10) untuk budak2 Kz je la....nota leh dpt petang isnin...

Saturday, February 27, 2010

KAMI SEMUA!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Sekadar coretan aktiviti gang Catalyst minggu ini. Semenjak pulang dari cuti mid sem kelihatan semua rakan sibuk menyempurnakan tugasan dan persiapan untuk perbentangan. Tambahan pula, ada kelas yang perlu diganti kelak. Diharap semua rakan menguruskan masa dengan hikmahnya dan menjaga kesihatan dengan baik ye.... Pesanan lagi, insyaAllah kita akan berniaga di Pasar Rabu bermula pada minggu hadapan. Di sini mohon kerjasama rakan- rakan untuk membayar RM 10 duit kelas kepada Bendahari. Sesi Fotografi pula jangan lupa ye. Maklumkan kepada yang lain. bagi perempuan cadangan pakaian berwarna Ungu dan bertudung krim, lelaki pula berkemeja putih/ warna cerah agar pemadanan dengan blazer nampak kemas. Namun, sekiranya ada cadangan lain boleh kemukakan dan amat dialu- alukan. Selain itu, satu aktiviti kita yang tertunda lagi ialah Lawatan Ilmiah bersama Encik Anuar. Menurut ketua kelas ( Fiza), kita akan jalankan aktiviti ini pada hari Sabtu, namun tarikh belum ditetapkan lagi. Setakat itu sahaja maklumat yang terbaru. Sekian, moga maju jaya.
~~JAGA KESIHATAN YE! SELAMAT MENGURUSKAN MASA!! SEMOGA BERJAYA!!~~

Thursday, February 25, 2010

SESI FOTOGRAFI SEMESTER 2

SALAM...

Perhatian kepada semua kawan Semester 2 B&K,, satu sesi fotografi akan diadakan pada 2 Mac 2010. Diharap kita semua dapat berkumpul pada jam 10 pagi di hadapan Bitara Siswa. Ketidakhadiran sila maklumkan kepada Fairus. Kerjasama semua amat didahului dengan sekalung penghargaan terima kasih.

~~Bersama Kita Menjadi Kaunselor yang Bitara~~

Tuesday, February 23, 2010

Mid-term test teori personaliti 24/02/2010

Amanat En Nuar

Bacalah tiga teori yang telah kita bincangkan

1. Raymond Cattel
2.Adler.
3.TEORI Erich Fromm

dan lagi satu baca yg kuliah 1 tu.. maksud personaliti...

tu je.. good luck untuk esok...

Friday, February 5, 2010

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI PERTAMA TAHUN 2010

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI PERTAMA TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Pertama Tahun 2010 mulai 1 Februari 2010 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, pelajar yang berminat bolehlah mendapatkan borang tersebut dengan mengemukan sampul surat 16cm x 23cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos atau money order bernilai RM 3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat berikut :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
CAWANGAN BIASISWA & PINJAMAN PELAJARAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 3, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40503 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2010 (Khamis). Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia di talian 03 5544 7480/7481/7482/7543.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA

Salam,

Sekadar catatan sahaja. Baru- baru ini kesemua pelajar B&K Semester 2 bertungkus- lumus untuk mendapatkan tempat bagi kursus tumpuan yang wajib diambil pada Semester 4 kelak. Walaupun pelbagai halangan ditempuhi semua pelajar, namun masih jua berusaha sedaya upaya melayakkan diri untuk mendaftar. Syabas ye kawan- kawan. Bak kata pepatah; ' nak seribu daya, tak nak seribu dalih', maka kita semua perlu mengambil iktibar atas pengalaman yang dilalui. Sebagai bakal kaunselor, amalan bertangguh mendatangkan kesulitan.

::Sekadar Kenangan Yang telah dibekukan~~~hehehe

Wednesday, February 3, 2010

KEM T.O.T. BAGI PELAJAR SEMESTER 2 B&K

Sila ambil perhatian ye kekawan...

Semua pelajar B&K Semester 2 digalakkan untuk menyertai Kem T.O.T. yang dianjurkan oleh pelajar B&K Semester 3. Untuk pengetahuan kawan- kawan, Kem ini merupakan salah satu daripada kerja kursus bagi Kelompok Berstruktur yang menjadi kemestian kepada semua pelajar Semester 3 termasuklah kita semua yang bakal memasuki semester seterusnya pada Julai kelak. Berikut merupakan butiran maklumat mengenai program ini:

TARIKH : 19, 20, 21 FEBRUARI 2010
TEMPAT : HIR RESORT, SELANGOR
BAYARAN : RM 100

Untuk maklumat kawan- kawan lagi, penyertaan ini akan disediakan sijil. Harapan kami agar kawan- kawan dapat memberikan kerjasama yang sepadunya untuk menyertai Kem ini untuk mengumpul pengetahuan serta pengalaman baru. Tambahan lagi, Encik Taqiudin akan bersama kesemua peserta kem tersebut.
Akhir kata, Kitalah Pemangkin Kaunselor Bitara.

Insya- Allah.

P/S : sila respon secepat yang mungkin ye.. A.S.A.P
p.p.s : sekiranya kesemua daripada kita menyertai Kem ini kemungkinan besar semasa kita dilonggarkan untuk tidak menganjurkan projek yang sama bagi semester 3 kelak.

Tuesday, February 2, 2010

Hatrik Fauzie Gagal Bantu Kemenangan Kepada Catalyst B


Tanjung Malim: ‘Serba tidak Menjadi’  itulah kata-kata yang terbit dari Penyerang lincah berbakat dari pasukan Catalyst B  Muhamad Fauzie Mansor setelah pasukan Catalyst B tewas  5 -6 kepada pasukan catalyst A lewat malam tadi,walaupun beliau mencipta Hatrik bergaya namum semuanya musnah . Menurut Hisyam rakan sepasukan Fauzie, saingan dari pasukan lawan amat mengejutkan kerana mampu bangkit dari ketinggalan 3-0 setelah fauzie meletakkan Catalyst B selesa dihadapan pada minit ke 3,7,dan 14.Namun Catalyst A yang dibarisi Khod,Helmi,Fendi serta permain import dari Sri langka  yang hanya ingin dikenali sebagai Afiq dan Penjaga Gol berbakat dari Maxico iaitu Rusman lebih bijak menguasai perlawanan untuk Selesa dihadapan pada kedudukan 4-3 sebelum Ali hardi membalas dengan dua gol mengejut untuk menyepikan sorakan penyokong Catalyst A yang mula membaling objek di dalam Padang  untuk menjadikan kedudukan terkini 5-4, namum kepenatan mula menghantui Pasukan Catalyst B apabila mula beraksi hambar,Kealpaan ini dihukum oleh pasukan lawan apabila dengan tiba-tiba Faisal tanpa disengajakan menjaringkan gol sendiri setelah berlaku suasana kelam kabut di depan pintu gol dan menjadi kedudukan kini terikat 5-5. Keyakinan untuk berakhir pada kedudukan seri dihukum oleh Khod apabila melakukan gerakan solo u bergaya sebelum menewas penjaga gol Catalyst B, dan serta merta pengadil meniup wisel penamat.Kekalahan ini amat memeritkan untuk Catalyst B kerana walaupun menguasai 55 peratus perlawanan dan sekurang-kurangnya Fauzie mensia-siakan 5 peluang walaupun hanya berdepan dengan penjaga Gol Catalyst A Rusman Ismail yang dianugerahkan pemain terbaik perlawanan.
Catalyst A: Khodri,Fendi,Helmi,Afiq,Rusman.
Catalyst B:Fauzie,Hisyam,Khairuddin,Ali Hardi.

Monday, February 1, 2010

matrix + STAM = stress!!!

TG. MALIM- Sekumpulan pelajar bach 09/10 mengalami tahap stres yang kritikal apabila kursus tumpuan yang dipohon ditolak mentah- mentah atas alasan tiada kelayakan STPM. Baru- baru ini seorang pelajar (AKU r tuh) yang meminta kelulusan untuk mengambil kursus Bahasa Melayu gagal berbuat demikian kerana tiada kelayakan Bahasa Melayu peringkat STPM. Bagi rakan- rakan yang berniat untuk mengambil luar daripada fakulti dinasihatkan berjumpa dahulu dengan Ketua Jabatan FSKPM supaya tiada sebarang kesulitan pada masa akan datang. Walaupun Ketua Jabatan di luar fakulti meluluskan namun bimbang sekiranya Dekan FSKPM sendiri yang tidak meluluskannya. Perhatian kepada rakan- rakan sekiranya ada sebarang perubahan maklumat sila maklumkan kepada  Saudara Khairudin atau Saudari Mastura. Bersama kita memartabatkan profession ke arah kegemilangan.

Friday, January 29, 2010

Rosli Hanya Mampu tersenyum!!!

Tanjung Malim: Itulah reaksi pertama yang ditunjukkan oleh Rosli apabila pasukan futsalnya  catalyst FC tewas mengejut di tangan pasukan senior 2-3 lewat malam tadi. Rosli perlu menyalahkan dirinya sendiri apabila lebih kurang lima kali percubaan tersasar dan kasutnya tercabut namum beliau perlu bersyukur kerana kasutnya tidak mengenai pemain lain.Menurut Ali hardi rakan sepasukan Rosli pasukan Catalyst FC bermain dengan dengan cukup baik cuma hanya nasib tidak menyebelahi kita,namum awas kerana dua awang import dari  maxico dan sepanyol tidak dapat diturunkan kerana mempunyai komitmen lain.
Secara keseluhannya Pasukan kita mengawal hampir 65% penguasaan bola namum kelalaian diminit akhir membawa padah walaupun memiliki penjaga gol bertaraf Van der Sar, iaitu Sapa lagi kalau bukan Fauzie.
 Gol pertama Catalyst FC muncul pada minit ke 25 apabila Ali hardi bijak memperdayakan barisan pertahan lawan untuk membuka gol pembukaan perlawanan.Seterusnya gol kedua hadir pada minit ke 34 perlawanan menerusi pemain harapan Catalyst FC iaitu Rosli Napi apabila menyambut bola muntah setelah Penjaga gol lawan gagal menahan bola dengan kemas.
Namum Kedudukan Yang agak selesa 2-0 musnah apabila Pasukan lawan bijak menggunakan peluang yang terhidang kerana tiga dari empat percubaan mereka pada 10 minit terakhir menemui sentuhan gol lantas menguriskan reputasi cemerlang Penjaga Gol Catalyst FC.

Saturday, January 23, 2010

Pemberian Laptop kepada Pelajar Tahun 1 dan 2(terma dan syarat)(Sumber Suaraupsi)

Tg Malim , 23 Januari – Pengumuman kerajaan tentang pemberian komputer riba dan pakej Streamyx selama dua tahun kepada mahasiswa tahun 1 dan 2 di IPT seluruh Malaysia disambut baik oleh pucuk Pimpinan Bitara.

Dalam kenyataan kepada SuaraUPSI, Pimpinan Bitara berpendapat langkah itu tepat pada masanya disamping membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mahasiswa.Pimpinan Bitara juga mengakui langkah sedemikian dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah disamping memudahkan mahasiswa membuat tugasan yang diperlukan.
Mohamad Faizal Bin Mad Daud , pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi ketika diminta memberikan ulasan tentang perkara ini berkata beliau menyokong seratus peratus tindakan kerajaan ini dan mengucapkan terima kasih kerana prihatin pada kebajikan mahasiswa.


"Saya tahu kenyataan saya ini akan disalah tafsir oleh pihak-pihak yang berfikiran dangkal dan sempit serta mendakwa mereka juara dalam bab menjaga hal ehwal kebajikan pelajar ini tetapi saya hanya berpegang pada pepatah Melayu 'di bumi dipijak,di situ langit dijunjung'", tegasnya kepada SuaraUPSI.


Dalam belanjawan 2010, kerajaan mengumumkan pemberian kepada mahasiswa tahun satu dan dua 100,000 unit komputer riba dan pakej Streamyx yang melibatkan bayaran sebanyak RM50 untuk 24 bulan kepada mahasiswa diseluruh IPT di Malaysia

Borang permohonan untuk mendapatkan komputer riba ini boleh diambil di TM Point Tg Malim yang terletak dibarisan bangunan yang menempatkan restoren Cupak dan Seven Eleven, berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Kuil Hindu dan restoren Yik Mun. Borang – borang tersebut hendaklah diisi dan disahkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan dihantar semula ke TM Point Tg Malim untuk diproses.

Thursday, January 21, 2010

Permohonan baru biasiswa KPM dibekukan tahun ini(Sumber suaraupsi.blogspot.com)



Tg Malim , 07 Januari - Belum selesai isu PTPTN yang masuk agak lambat pada semester ini berbanding semester lepas, kini mahasiswa di seluruh IPTA secara amnya dan di UPSI khususnya bakal berhadapan dengan "pembekuan" permohonan baru penajaan untuk mahasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun ini.

Sumber yang menyatakan hal ini kepada SuaraUPSI menyatakan "pembekuan" ini akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Bagaimanapun langkah ini tidak akan memberikan kesan kepada mahasiswa yang telah dan sedang menerima penajaan dari KPM.

Langkah ini dikatakan akibat daripada kegawatan ekonomi global yang sedang menghimpit negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia di mana kerajaan sedang mengambil langkah berjimat cermat.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang hal ini berkata beliau akan mendapatkan kepastian berhubung isu ini apabila berkunjung ke Putrajaya kemudian. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa Pimpanan Bitara akan memperjuangkan hal ini untuk kebajikan dan kemudahan mahasiswa UPSI.

Untuk rekod, penerima penajaan KPM memperolehi RM 3,700.00 bersih setelah ditolak yuran universiti dan kolej kediaman.

Tuesday, January 19, 2010

Sesi Debat antara pro-Kerajaan dan pro-Pembangkang berlangsung panas...

Tanjung Malim(19Jan)- Sesi Perdebatan antara pelajar-pelajar pro- kerajaan dan pro- pembangkang meninggalkan kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak, walaupun pihak pembangkang terpaksa akur dengan kehebatan Barisan pemdebat pro-kerajaan yang hebat lagi berwawasan.Sesi debat yang berlangsung selama sejam itu menemukan 3 orang pendebat dalam setiap pihak,dibarisan Kerajaan diwakili oleh Saudara Khairuddin, Shahril,Rosman serta dibantu oleh seseorang individu yang enggan namanya disiarkan namun hanya ingin dikenali sebagai Cikgu sejarah pencen(bukan nama sebenar).Manakala dibarisan pro-pembangkang pula dibarisi oleh Saudari Shuhada,Fairuz,Mastura serta dibantu oleh kiki(bukan nama sebenar) serta saudari Atikah.

Sesi debat ini dilakukan adalah untuk memberikan gambaran sebenar apa yang sebenarnya berlaku di dewan rakyat dan Dewan Negara, tajuk yang dibincangkan adalah '1 malaysia sejauhmana ia memberikan kesan kepada Rakyat Malaysia', dan para pendebat tidak digalakkan menyentuh hal-hal yang sensitif kerana masih terikat dengan akta Universiti dan kolej Universiti(AUKU).


Diakhir sesi debat para pendebat telah bermaaf-maafan walaupun ditengah-tengah sesi debat berlaku sedikit pertikaman lidah dan sebenarnya inilah realiti yang berlaku di Dalam Dewan Rakyat di Negara kita kerana . masih-masing diberi peluang untuk memberikan Pendapat selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.

(Sila berikan Komen Sebelum aku remove)

Minta pandangan dari Rakan-rakan sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan blog pada masa hadapan

    Salam Sejatera dan Assalamualaikum kepada kawan-kawan bakal Kaunselor sekalian, disini saya ziezie(bukan nama sebenar)17, ingin memohon jasa baik Tuan,Puan,Encik dan Cik Untuk memberi pandangan berkaitan blog ini dan juga kaitan lain yang melibatkan kepentingan kita semua.

      Terlebih dahulu saya memohon jasa baik Tuan dan Puan untuk mendaftar sebagai Ahli(followers),hal ini penting kerana untuk memberikan pandangan didalam blog ini memerlukan seseorang itu mendaftar terlebih dahulu. Selain itu juga dinasihatkan/digalakkan menggunakan nama samaran,Hal ini dilakukan adalah untuk memberikan ruang yang seluas-luasnya untuk kita memberikan sebarang pandangan dan mendapat untuk kebaikan semua.Diharapkan Blog ini menjadi medan yang terbaik untuk kita menjadi yang terbaik dalam yang terbaik.

     Didalam Kecanggihan teknologi Maklumat hari ini perhubungan kini menjadi lebih pantas dan tahniah kepada kita semua kerana tidak ketinggalan dari arus permodenan yang melanda bukan di negara kita saja malah fenomena ini berlaku di seluruh Dunia.Nasihat saya sebagai Individu yang bertanggungjawab membangunkan blog ini gunalah blog ini dengan sebaiknya.

    Akhir kata, saya berharap segala kemudahan yang ada ini dapat digunakan dengan sebaiknya..

sekian terima kasih
 

Monday, January 18, 2010

Proses Percubaan

ok kawan2 semua..website ini masih lagi diperingkat percubaan, harap semuanya akan berjalan dengan apa yang dirancang ok...