Saturday, January 23, 2010

Pemberian Laptop kepada Pelajar Tahun 1 dan 2(terma dan syarat)(Sumber Suaraupsi)

Tg Malim , 23 Januari – Pengumuman kerajaan tentang pemberian komputer riba dan pakej Streamyx selama dua tahun kepada mahasiswa tahun 1 dan 2 di IPT seluruh Malaysia disambut baik oleh pucuk Pimpinan Bitara.

Dalam kenyataan kepada SuaraUPSI, Pimpinan Bitara berpendapat langkah itu tepat pada masanya disamping membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mahasiswa.Pimpinan Bitara juga mengakui langkah sedemikian dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya yang berpendapatan rendah disamping memudahkan mahasiswa membuat tugasan yang diperlukan.
Mohamad Faizal Bin Mad Daud , pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi ketika diminta memberikan ulasan tentang perkara ini berkata beliau menyokong seratus peratus tindakan kerajaan ini dan mengucapkan terima kasih kerana prihatin pada kebajikan mahasiswa.


"Saya tahu kenyataan saya ini akan disalah tafsir oleh pihak-pihak yang berfikiran dangkal dan sempit serta mendakwa mereka juara dalam bab menjaga hal ehwal kebajikan pelajar ini tetapi saya hanya berpegang pada pepatah Melayu 'di bumi dipijak,di situ langit dijunjung'", tegasnya kepada SuaraUPSI.


Dalam belanjawan 2010, kerajaan mengumumkan pemberian kepada mahasiswa tahun satu dan dua 100,000 unit komputer riba dan pakej Streamyx yang melibatkan bayaran sebanyak RM50 untuk 24 bulan kepada mahasiswa diseluruh IPT di Malaysia

Borang permohonan untuk mendapatkan komputer riba ini boleh diambil di TM Point Tg Malim yang terletak dibarisan bangunan yang menempatkan restoren Cupak dan Seven Eleven, berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Kuil Hindu dan restoren Yik Mun. Borang – borang tersebut hendaklah diisi dan disahkan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan dihantar semula ke TM Point Tg Malim untuk diproses.

Thursday, January 21, 2010

Permohonan baru biasiswa KPM dibekukan tahun ini(Sumber suaraupsi.blogspot.com)



Tg Malim , 07 Januari - Belum selesai isu PTPTN yang masuk agak lambat pada semester ini berbanding semester lepas, kini mahasiswa di seluruh IPTA secara amnya dan di UPSI khususnya bakal berhadapan dengan "pembekuan" permohonan baru penajaan untuk mahasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun ini.

Sumber yang menyatakan hal ini kepada SuaraUPSI menyatakan "pembekuan" ini akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Bagaimanapun langkah ini tidak akan memberikan kesan kepada mahasiswa yang telah dan sedang menerima penajaan dari KPM.

Langkah ini dikatakan akibat daripada kegawatan ekonomi global yang sedang menghimpit negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia di mana kerajaan sedang mengambil langkah berjimat cermat.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang hal ini berkata beliau akan mendapatkan kepastian berhubung isu ini apabila berkunjung ke Putrajaya kemudian. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa Pimpanan Bitara akan memperjuangkan hal ini untuk kebajikan dan kemudahan mahasiswa UPSI.

Untuk rekod, penerima penajaan KPM memperolehi RM 3,700.00 bersih setelah ditolak yuran universiti dan kolej kediaman.

Tuesday, January 19, 2010

Sesi Debat antara pro-Kerajaan dan pro-Pembangkang berlangsung panas...

Tanjung Malim(19Jan)- Sesi Perdebatan antara pelajar-pelajar pro- kerajaan dan pro- pembangkang meninggalkan kesan yang positif kepada kedua-dua belah pihak, walaupun pihak pembangkang terpaksa akur dengan kehebatan Barisan pemdebat pro-kerajaan yang hebat lagi berwawasan.Sesi debat yang berlangsung selama sejam itu menemukan 3 orang pendebat dalam setiap pihak,dibarisan Kerajaan diwakili oleh Saudara Khairuddin, Shahril,Rosman serta dibantu oleh seseorang individu yang enggan namanya disiarkan namun hanya ingin dikenali sebagai Cikgu sejarah pencen(bukan nama sebenar).Manakala dibarisan pro-pembangkang pula dibarisi oleh Saudari Shuhada,Fairuz,Mastura serta dibantu oleh kiki(bukan nama sebenar) serta saudari Atikah.

Sesi debat ini dilakukan adalah untuk memberikan gambaran sebenar apa yang sebenarnya berlaku di dewan rakyat dan Dewan Negara, tajuk yang dibincangkan adalah '1 malaysia sejauhmana ia memberikan kesan kepada Rakyat Malaysia', dan para pendebat tidak digalakkan menyentuh hal-hal yang sensitif kerana masih terikat dengan akta Universiti dan kolej Universiti(AUKU).


Diakhir sesi debat para pendebat telah bermaaf-maafan walaupun ditengah-tengah sesi debat berlaku sedikit pertikaman lidah dan sebenarnya inilah realiti yang berlaku di Dalam Dewan Rakyat di Negara kita kerana . masih-masing diberi peluang untuk memberikan Pendapat selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.

(Sila berikan Komen Sebelum aku remove)

Minta pandangan dari Rakan-rakan sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan blog pada masa hadapan

    Salam Sejatera dan Assalamualaikum kepada kawan-kawan bakal Kaunselor sekalian, disini saya ziezie(bukan nama sebenar)17, ingin memohon jasa baik Tuan,Puan,Encik dan Cik Untuk memberi pandangan berkaitan blog ini dan juga kaitan lain yang melibatkan kepentingan kita semua.

      Terlebih dahulu saya memohon jasa baik Tuan dan Puan untuk mendaftar sebagai Ahli(followers),hal ini penting kerana untuk memberikan pandangan didalam blog ini memerlukan seseorang itu mendaftar terlebih dahulu. Selain itu juga dinasihatkan/digalakkan menggunakan nama samaran,Hal ini dilakukan adalah untuk memberikan ruang yang seluas-luasnya untuk kita memberikan sebarang pandangan dan mendapat untuk kebaikan semua.Diharapkan Blog ini menjadi medan yang terbaik untuk kita menjadi yang terbaik dalam yang terbaik.

     Didalam Kecanggihan teknologi Maklumat hari ini perhubungan kini menjadi lebih pantas dan tahniah kepada kita semua kerana tidak ketinggalan dari arus permodenan yang melanda bukan di negara kita saja malah fenomena ini berlaku di seluruh Dunia.Nasihat saya sebagai Individu yang bertanggungjawab membangunkan blog ini gunalah blog ini dengan sebaiknya.

    Akhir kata, saya berharap segala kemudahan yang ada ini dapat digunakan dengan sebaiknya..

sekian terima kasih
 

Monday, January 18, 2010

Proses Percubaan

ok kawan2 semua..website ini masih lagi diperingkat percubaan, harap semuanya akan berjalan dengan apa yang dirancang ok...