Monday, March 8, 2010

Hikmah Al-Quran

Berakhlak Dengan Ajarannya. Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan Al-Quran semata-mata dengan tujuan membacanya, mendengarnya atau memperelokkan bacaan sahaja, tetapi tujuan yang lebih utama ialah untuk manusia beramal dengannya. Alangkah indahnya kata-kata Sayidatina Aishah r.a. ketika ditanya tentang akhlak Nabi SAW, maka dia menjawab “Akhlaknya adalah Al-Quran”. Sebaik-baik manusia dalam berinteraksi dengan Al-Quran bukan hanya setakat membaca dan menghafaznya sahaja, tetapi perlu menghayati kandungannya dan seterusnya mengamalkannya. Sepatutnya seorang muslim itu mestilah bersifat dengan sifat “Quraniyan” iaitu mencontohi semua yang ada dalam Al-Quran, maka apa-apa yang diperintah oleh Al-Quran dia akan mematuhinya dan apa-apa yang ditegah oleh Al-Quran maka dia menghindari daripadanya.

No comments: