Thursday, January 21, 2010

Permohonan baru biasiswa KPM dibekukan tahun ini(Sumber suaraupsi.blogspot.com)



Tg Malim , 07 Januari - Belum selesai isu PTPTN yang masuk agak lambat pada semester ini berbanding semester lepas, kini mahasiswa di seluruh IPTA secara amnya dan di UPSI khususnya bakal berhadapan dengan "pembekuan" permohonan baru penajaan untuk mahasiswa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bermula pada tahun ini.

Sumber yang menyatakan hal ini kepada SuaraUPSI menyatakan "pembekuan" ini akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Bagaimanapun langkah ini tidak akan memberikan kesan kepada mahasiswa yang telah dan sedang menerima penajaan dari KPM.

Langkah ini dikatakan akibat daripada kegawatan ekonomi global yang sedang menghimpit negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia di mana kerajaan sedang mengambil langkah berjimat cermat.

Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, YDP MPP, Saudara Mohd Hairie B. Abdullah ketika diminta untuk memberikan ulasan tentang hal ini berkata beliau akan mendapatkan kepastian berhubung isu ini apabila berkunjung ke Putrajaya kemudian. Beliau bagaimanapun berjanji bahawa Pimpanan Bitara akan memperjuangkan hal ini untuk kebajikan dan kemudahan mahasiswa UPSI.

Untuk rekod, penerima penajaan KPM memperolehi RM 3,700.00 bersih setelah ditolak yuran universiti dan kolej kediaman.

1 comment:

Unknown said...

mungkin rezeki kita sem ni xde,,tapi ttp nk kn pnjlsan yg sewajarnya la,,
klu puncanya ekonomi meleset,,perlulah ambil tndkn pencegahan pmbaziran yg sbnrnya,,biasiswa bukn satu pmbaziran kn........